Klik banner untuk sertai.
Bismillah kata Kak Nida mulakan
Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan.
# Shawl House : Page Shawl House | Blog Shawl House
# Atien Nabila : Blog
# Pieyza : Blog
# Scarfsweethoney : Page Scarfsweethoney | Blog Scarfsweethoney
Contest I Love Hijab by Nliyate
HADIAH
Pelbagai hadiah menjadi rebutan
Semua menarik semua menawan
Kalau tak percaya daku tunjukkan
Pasti yang melihat teruja sakan..:)
^ Pemenang pertama --> 1 pashmina bercorak , 1 satin shawl dan topup RM5 .^ Pemenang kedua --> 1 pashmina bercorak , 1 satin shawl .^ Pemenang ketiga --> 1 satin shawl + topup rm5 .^ Pemenang keempat --> 1 tudung + header .^ Pemenang kelima --> 1 tudung .^ 5xSaguhati --> header @ cursor
Pertamanya Kak Nida mengucapkan jutaan tahniah buat Nliyate kerana berjaya menganjurkan kontes ini. Mudah-mudahan usaha ini berjaya menyedarkan kita semua bahawa menutup aurat merupakan satu kewajipan buat semua muslimah.
Moga-moga usaha Nliyate ini diberkati Allah dan bersama-samalah kita semua mencuba sedaya upaya untuk menjadi seorang muslimah yang diredhai disisiNYA... Insya Allah.
Doa Kak Nida, semoga ramai insan yang di luar sana terbuka pintu hatinya untuk memenuhi tuntutan agama iaitu menutup aurat... ameeeeeeeennnn.
Di sini juga Kak Nida ingin nyatakan bahawa sesungguhnya Kak Nida berbangga menjadi seorang muslimah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan sebagai seorang muslim... Alhamdulillah.
Di sini juga Kak Nida ingin nyatakan bahawa sesungguhnya Kak Nida berbangga menjadi seorang muslimah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan sebagai seorang muslim... Alhamdulillah.
SOALAN:
a)Kenapa korang bertudung ?
Jawapan:
1. Firman Allah s.w.t ..."Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
2. Bagi memelihara kehormatan dan mengelakkan fitnah.
3. Sebagai lambang bagi insan yang bertakwa.
4. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat.
5. Membezakan bahawa daku adalah seorang muslim berbanding non-muslim.
6. Bertudung (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit.
“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)
SOALAN:
b)Bertudung buat aktiviti korang terbatas tak ?
JAWAPAN:
Bak kata pepatah "hendak seribu daya, taknak seribu dalih", tidak ada yang membataskan pergerakan andai kita jujur dan ikhlas untuk bertudung. Zaman sekarang tidak ada yang mustahil, lihat sahajalah contoh yang ada betapa ramai muslimah yang berjaya dan yang paling membanggakan mereka memakai tudung.
Baik ahli sukan, ahli korporat, ahli perniagaan, ahli politik.. muslimah yang terlibat sudah ramai yang memakai tudung.
Kak Nida bertudung, dan Alhamdulillah mewakili kolej universiti dalam pertandingan Bola Keranjang suatu masa dahulu, juga mewakili Jabatan Pelajaran Negeri dalam pertandingan berbalas pantun, dan semasa di universiti dahulu juga Kak Nida aktif dalam berteater dan Alhamdulillah, tuntutan syariat dan aurat tetap dijaga.
Suami Kak Nida juga amat menitik beratkan soal aurat terutama pemakaian tudung. Jadi pendapat Kak Nida bertudung bukanlah alasan untuk kita membataskan aktiviti yang ada.. tepuk dada tanya selera.
WANITA - deHEARTY
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Lagu : Syamer (Syam DeHearty)
Lirik : Syamer (Syam DeHearty)
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Lagu : Syamer (Syam DeHearty)
Lirik : Syamer (Syam DeHearty)
GAMBAR KAMI
Buat Nliyate Kak Nida persembahkan
Moga-moga beroleh kemenangan
Usahaku ini menjadi tatapan
Harap-harap hatimu tertawan.
Ku bangga menjadi seorang muslimah
Menutup aurat bukannya susah
Ku berdoa sentiasa tiada penyudah
Tunjukkan jalan, berikanku hidayah.
ameeeeennnn
Tag:
No comments:
Post a Comment