AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 27 February 2012

BLOG GIVEAWAY CONTEST

Klik banner untuk sertai.





Lyface's Shawl

Cik Laily

Usahawan muda yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari..:)

 Lyface's Shawl nama FBnya
Pelbagai barangan menjadi jualannya

Teruslah berusaha mencapai cecita
Moga menjadi usahawan berjaya..:)


Pelbagai pilihan pelbagai citarasa
Di  Lyface's Shawl  ayuh berbelanja
Pasti pelanggan termenung lama
Sebab semuanya cantik-cantik belaka...:)

Siapa melihat pasti tertawan
Pelbagai rekaan telah disediakan
Pelbagai warna dan corak juga disajikan
Rambang mata hendak memilihkan..:)

Banyak lagi barang jualannya
Selain shawls pelbagai yang ada
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihat sendiri di depan mata..:)
Kalau semua nak mencuci mata
Ku sertakan sekali apa yang ada
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat pelbagai barangan cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Pelbagai rekaan, warna dan bentuk yang ada
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta
Namun banyak lagi pilihan yang ada
Ini sekadar sebahagian sahaja
Kalau tak percaya ke  Lyface's Shawl  segera.









Ku sertakan sekali info dirinya
Sebagai bacaan buat semua
Moga ianya membantu hendaknya
Mengembangkan perniagaan Lyface's Shawl di sana.


Tips dan video juga ada diselitkan
Cara pemakaian memudahkan pelanggan
Pemakaian Shawl bukanlah lagi merumitkan
Ayuh semua kita saksikan.





Bagi mereka yang ingin bertanya
Zaman sekarang senang sahaja
Pelbagai cara untuk hubunginya
Melalui emel atau terus sms padanya.


 Bila sudah  cari yang berkenan
Pertanyaan juga sudah diusulkan
Langkah seterusnya membuat tempahan
Segalanya maklumat turut kusertakan
Contoh borang juga ku selitkan.


Paling penting ialah pengeposan
Perlu selamat sampai ke tuan
Jangan risau dan juga rawan
Menggunakan Pos Laju ia dihantarkan...:)



Kucipta madah ini khas buatmu...

Doa kami terus mengiringi
Agar dirimu berjaya dalam bidang yang diceburi
Moga menjadi usahawan disegani
Rajin dan gigih mencari rezeki.

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Dalam pengorbanan perlu keikhlasan
Dalam berniaga perlu usaha berpanjangan
Dalam berusaha doa perlulah berkekalan.

Dalam rancak mengorak langkah
Mencari untung dan juga tuah
Kadangkala ujian datang menerjah
Bangkitlah berjuang jangan mengalah.

Lebarkanlah sayap perniagaanmu
Susun strategi dengan akal dan ilmu
Pasti kejayaan akan kau temu
Pada Ilahi berdoa tak jemu.

Semangat dan motivasi perlu disemai
Berjimat cermat janganlah cuai 
Insya Allah untung akan dituai
Moga berjaya cecita digapai


Sekian sahaja entriku ini
Buat dirimu ikhlas di hati
Doa ku titip dari lubuk hati
Moga dirimu dilimpahkan rezeki..

Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)


Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga-moga ada kemenangan
Entri ku gubah sebagai tatapan
Harap impian jadi kenyataan..:)

Tag:
http://luvnabilndamia.blogspot.com/
http://all-contest-ga.blogspot.com/


1 comment:

Pwincess sarah said...

wah....kreatif...tahniah kak sebab menang contest nie... ^_^

My Blog List