Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://liyanadazlan.blogspot.com
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)
PERATURAN
Syarat Syarat
- Tampal Banner dalam Entry
- WAJIB follow blog Liyana , Rara , Mimie , Aiman , Nara
- Like Fanpage Liyana , Rara , Aiman & Mimie
- Tulis entry yang bertajuk " Giveaway By Liyana "
- Cerita mengenai perihal diri anda ataupun Family anda
- Tag kepada 2 blogger *Mereka harus tahu
- Siap? Paste link entry itu tadi diruangan komen entry ini
Kurang penyertaan dari 20 orang automatik GA ini dibatalkan :)
Bismillah kata pembuka bicara
Salam perkenalan ikhlas di jiwa
Di alam maya takdir berjumpa
Ku gubah entri buat Liyana di sana..:)
Seorang pelajar yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari..:)
Inilah secebis kisah diriku
Kisah kenangan di masa dahulu
Sejarah keluarga dan tentang hidupku
Ku coret khas buat Liyana sudahlah tentu.
Muhammadon nama ayahku
Rohani nama ibuku pula
Buatmu ayah Al-Fatihah ku kirim selalu
Buatmu ibu doa kuiringkan jua.
Namaku Hasnidar ayahanda berikan
Seorang yang ceria dan suka berkenalan
12 tahun usia perkahwinan
Seorang ibu buat keluarga kesayangan.
Insan biasa yang penuh cecita
Seorang hamba buat yang Esa
Moga impian menjadi nyata
Agar harapan dicapai hendaknya.
Rentetan hidupku menjadi coretan
Buat semua sebagai tatapan
Agar ukhuwah terus berpanjangan
Saling mengenali rakan dan taulan.
Diriku tak pernah pergi ke tadika
Kerana takut pada guru yang garang
Alhamdulillah kerana ku menjadi "orang" juga
Jasamu guru pasti ku kenang.
Inilah dia keluarga kecilku
Bersama suami dan anak-anakku
Merekalah penawar sentiasa disisiku
Penghilang resah dan duka di hatiku.
Disini ku coretkan kisah keluargaku
Bersama ayah, ibu dan suami
Sudilah membaca kisah dariku
Cerita lama menggamit memori.
KISAH BERSAMA IBUKU
KISAH BERSAMA AYAHKU
KISAH BERSAMA SUAMI
Klik sahaja link tersedia
Untuk membaca kisah kami ini
Kisah benar meruntun rasa
Dalam ingatan kukuh terpateri.
Sekadar perkongsian buat semua
Merekalah segalanya dalam hidupku
Susah senang ditempuhi bersama
Keluarga bahagia didamba selalu
Senyum dan tawa penawar jiwa.
Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga-moga beroleh kemenangan
Harap-harap buat Liyana tertawan
Entri ku gubah madah selingan.
Tag:
http://greennnpandacontest.blogspot.com
http://sukahati-fieda.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment