Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://msieda.blogspot.com
Ayuh semua rakan dan taulan
Memeriahkan bersama lagi pertandingan
Syaratnya mudah tidak membebankan
Moga diriku beroleh kemenangan..:)
SOALAN
1. Kenapa BLOG ini dinamakan G.E.D.I.K
2. Nyatakan 5 Kegemaran tuan punya(Eida) blog ini
3. Hubby Eida ada skills dalam sesuatu bidang ini. Skills apakah itu?
4. Komen membina untuk blog ini - Tak kesah nak kutuk ke, nak puji ke, nak bagi cadangan (sangat dialu alukan!!) *Komen ini sedikit pun tidak mempengaruhi markah, sekadar ingin tahu pandangan uols semua tentang SiGedik*
JAWAPAN KEEMPAT
Secara keseluruhan warna background dan header blog Eida sangat sesuai dengan fitrah Eida sebagai seorang wanita yang masih muda dan aktif.
Ruangan follower yang diletakkan di bahagian ruangan atas blog amat tepat dan ini memudahkan pembaca untuk menjadi follower di blog Ieda.
Gadget "Link Within" yang diletakkan juga amat berkesan untuk menarik pembaca membaca entri-entri lama dari blog Eida, secara tidak langsung ianya juga dapat menaikkan trafik entri lama blog Eida.
Namun pendapat Kak Nida, ruangan "TAGS" yang diletakkan di bahagian atas agak sedikit serabut kerana ianya terlalu banyak serta panjang dan memakan ruang dibahagian atas blog. Pedapat Kak Nida andai ianya dapat diletakkan di 'sidebar' blog Eida agar ruangan atas blog nampak lebih kemas.
Atau mungkin boleh dibuat dalam bentuk "Tag Cloud" dan diletakkan di'sidebar' blog seperti contoh di bawah:
Klik sini untuk lihat tutorialnya.
Apa yang wajib ada di blog anda;
Blog roll / Blog list - Senarai blog orang lain yang anda minat baca. Contohnya di blog aku, The Other Pretty Gay. Ianya penting supaya orang sedar akan kewujudan blog korang.
Google Connects (Followers) - Pelanggan tetap anda.
Chatbox - Shoutmix (Free dan ada banyak kelebihan berbanding chatbox lain. Ada IP address misalnya)
Label / Tag - Penting kalau blog anda best.
Iklan - Nuffnang - Kalau anda berminat nak cari sikit duit. (Perhatian, aku ulang SIKIT DUIT.)
Counter, Referrer / Tracker - Penting untuk korang tengok aktiviti trafik blog anda. Boleh tahu apa yang orang-orang di dunia ni search untuk sampai di blog anda.
Google WebMaster - Juga tracker. Penting untuk tengok trafik dan keyword dan trend blog anda.
(sumber Kak Nida ambil dari sini)
Ku iring doa ikhlas buatmu
rahmat yang Esa dipohon selalu
terjalin cinta didalam kalbu
dari Tuhan memohon restu..
Adat berumah tangga
pasti ada yang terguris rasa
dalam merencanakan sebuah kehidupan
bukan mudah yang disangka
perlu pengorbanan yang bertakhta
perlu kesetiaan yang mengikat
perlu jujur dalam bersahabat
perlu sabar dalam meniti
perlu faham segenap segi
Insya Allah bahagia menjelma selamanya..
Ku iring doa buatmu di sana
agar mendapat rahmat yang Esa
agar saling cinta menyintai
agar direstui jalinan yang bersemi
agar tabah hadapi segala
agar bahagia ke hujung nyawa
Insya Allah berkat dunia dan akhirat..ameeeeen
Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan ikhlas dari Kak Nida. Andai ada terkasar bahasa, Kak Nida menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata.
TAG:
Azatiesayang
Azatiesayang
1 comment:
TQ join GA ida kakNida~~~
Post a Comment