AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 8 February 2012

wish us luck

Klik banner untuk sertai.
Bismillah kata pembuka bicara
Buat semua para pembaca
Entri kucipta kugubah jua
Demi memeriahkan pertandingan yang ada
Sudi kiralah rakan semua
Memeriahkan pertandingan bersama.

Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)

HADIAH

Hadiah menarik menjadi rebutan
Sungguh menarik buatku tertawan
Mudah-mudahan ada kemenangan
Dapat hadiah yang sungguh mengujakan.




Disebalik namamu tersirat makna yang begitu indah, dan beruntunglah lantaran nama adalah doa buat kalian.



Kak Nida juga sertakan doa-doa yang boleh dijadikan amalan harian buat Ecah dan Nifah, moga-moga usaha kita diterima olehNYA..Insya Allah



Ku selit madah entri ku gubah
Khas buat Ecah dan Nifah tentunya
Teruskan perjuangan janganlah mengalah
Dalam mengejar cecita pastinya.

Ecah dan Nifah empunya gerangan
Seorang pelajar mengejar impian
Teruslah berjuang dalam perjuangan
Pada Ilahi berdoa berpanjangan.


Dalam kita mengejar cecita
Putus asa bukanlah cara
Rajin dan tekun itu yang utama
Usaha dan doa bergandingan bersama.


Kak Nida doakan moga kalian berjaya
Tercapai segala azam dan cecita
Namun andai dugaan menimpa
Tabah dan redha ketentuan dariNYA.


Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Laluilah dengan kesabaran dijiwa
Kuatkan hati tempuhi segala
Pada keluarga ingatan tak lupa.

Pantang berundur sebelum berjuang
Andai jatuh bangkitlah pejuang
Susun strategi akal sebagai tunjang
Insya Allah piala kemenangan akan dijulang.





Kak Nida sertakan juga lagu buatmu
Moga membangkitkan semangat pejuang
Ingati Allah perlulah selalu
Tak kira masa malam mahupun siang.

Jauh ku tinggalkan kisah semalam
Jauh ku tinggalkan duka kelmarin
Kusut jiwa menyesakkan dada
Kecamuk hati ini tak pernah ku luah
Ketika Kau kurniakan
NikmatMu kepadaku
Terasa diri dlimpahi RahmatMu
(chorus)
Ku mohon Engkau pimpinlah kelemahan hati ini
Agar aku selalu di jalan RedhaMu
Tak putus memujiMu
Moga tak Kau biarkan dan lontarkan diriku
Bersama mereka yang di dalam kemurkaanMu
Tuhan kepadaMu aku meminta
Jangan Kau biarkan aku terleka
Dan tenggelam dalam nikmat dunia
Terlupa yang ku miliki semua milikMu
Hanyalah keikhlasan serta pengabdianku
Menjadi lafaz syukurku kepadaMu
Dan ku kembali padaMu Tuhan
Yang Menciptakan


Buat adik Ecah dan Nifah, Kak Nida tintakan madah ini khas dari luahan ikhlas dari Kak Nida dengan harapan agar ianya dapat membantu adik Ecah dan Nifah dalam menempuh hari muka... TIGA kata-kata motivasi buatmu:

1. Pandanglah pada wajah-wajah insan yang telah membesarkan dirimu, tiada apa yang dapat membanggakan hati mereka selain dari kejayaanmu. Berapa banyak airmata mereka yang tumpah dalam mendidik dan membesarkanmu, berapa banyak wang ringgit yang dilaburkan dalam memberi pendidikan kepadamu, berapa banyak keringat yang tumpah dalam membesarkanmu. Janganlah berlengah dan hidup dalam kelekaan, masa terus berlalu, balaslah jasa mereka dengan kejayaanmu.


2. Bukan senang nak jadi SENANG dan bukan susah nak jadi SUSAH, tepuk dada tanya selera jalan mana yang dirimu pilih, kesusahan atau kesenangan. Andai kesusahan yang dipilih, maka hiduplah kau dalam keadaan bersenang lenang sekarang, tanpa berusaha, hidup dalam kemalasan, tanpa belajar bersungguh-sungguh, namun andai kesenangan yang dirimu pilih, ayuh! Jangan leka lagi korbankan sedikit masa demi kesenangan dihari muka. Tiada insan yang mahu susah, oleh itu bukakan hati, lapangkan dada untuk belajar Insya Allah keberkatan ilmu akan dirimu perolehi. Percayalah Allah sentiasa membantu hambanya yang sedang dalam perjuangan menuntut ilmu.


3. Rama-rama yang cantik berasal dari kepompong yang hodoh. Rama-rama itu ibarat kejayaan yang dirimu kelak akan perolehi, manakala kepompong itu diibaratkan dunia belajar yang kadangkala tension, menyakitkan, melemaskan, menyesakkan dan kadangkala mengecewakan. Tapi percayalah, laluilah kegelapan itu dengan semangat yang kuat, jiwa yang kental, kerana pasti sinar kejayaan akan menantimu di hujungnya kelak andai dirimu terus berusaha dan bangkit untuk keluar dari kepompong itu. KAMU MAMPU BUKTIKAN!!!!!!!!! YAKIN BOLEH!!!!!!!

 

Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Madah ikhlas dari hati
Ku coretkan khas buat kalian yang pasti.


Setiap madah yang terzahir ini
Moga-moga berbekas di hati
Moga impianmu menjadi realiti
Perjalanan hidupmu dirahmati Ilahi.



Tag:
Afafkusayang
Nisa'
Joel.

8 comments:

aisyah ecah said...

kak nida ,tenks untuk sume wish tu..sebak sangat2...akak doakan kiteorg ea.... :)

semoga akak ade rezeki nk jadi pemenang..

Nida said...

Akak sentiasa doakan agar Ecah dan Nifah berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.. yg penting usaha dan doa perlu beriringan...

aminnnn

HaNiFaH HiDaYaH said...

ya ALLAH ... akk

laju air mata nifah baca ayt ni

"Pandanglah pada wajah-wajah insan yang telah membesarkan dirimu, tiada apa yang dapat membanggakan hati mereka selain dari kejayaanmu. Berapa banyak airmata mereka yang tumpah dalam mendidik dan membesarkanmu, berapa banyak wang ringgit yang dilaburkan dalam memberi pendidikan kepadamu, berapa banyak keringat yang tumpah dalam membesarkanmu. Janganlah berlengah dan hidup dalam kelekaan, masa terus berlalu, balaslah jasa mereka dengan kejayaanmu."

thanx sgt2 akk..

d0akan kejayaan kami di dunia mahupun di akhirt k.. amin..

Nida said...

Tiba-tiba akak pun terasa sebak.. namun itulah kenyataan... mereka ibubapa terlalu byk berkorban untuk kita.. kini tibalah masanya untuk kita membalas jasa mereka...

p/s: akak teringat arwah ayah akak... byk sungguh pengorbanannya buat anak2nya... Al-Fatihah

HaNiFaH HiDaYaH said...

al-fatihah..

tahniah kak nida

http://hanifahpunyer.blogspot.com/2012/02/they-are-winner.html

Nisa Greennnpanda said...

congrats Kak Nida coz mnang~...
akak mmg hebat dlm bab bg nasihat & tips yg useful.. akak pun suke wat entry yg sgt meaningful.. sy tau coz akak penah mnang contest sy dlu, hihi~..

congrats again my dear sis.. ^_^

HaNiFaH HiDaYaH said...

salam akk..

akk ada email tak ka nifah ??

sorry sgt2 akk.. boleh tak kalau akk email sekali lagi sbb nifah tak dapat email akak.. nifah sendiri pun tak tahu kenapa..

dalam spam pun tak der email akk..

sorry sgt2 akak..
sorry skali lagi..

HaNiFaH HiDaYaH said...

salam akk.. hihi..
sorry akk.. nifah dh dpt dah email akk.. terselit mcm mana entah.. hihi..

thanx akk utk detailnya.. :)

sorry menyushkan akk tadi..

My Blog List