AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday, 4 March 2012

1st GA by Leeyanaradhi

Klik banner untuk sertai.

SOALAN 

1) Tarikh Birthday saya - Clue *1st trimester of the year  =)  2) Tarikh Birthday Radhi - Clue *3rd trimester of the year =) 3) Tarikh saya & Radhi disatukan - Clue * 2nd trimester of the year (,")(",) 
4) Cadangkan tempat untuk saya dan big family saya untuk bercuti nanti. 

 JAWAPAN

1. 31 Mac 1984

2. 22 Ogos 1984

3. 5 Jun 2010

4. Cadangan Kak Nida andai Leeyana dan Radhi ke Pantai Cherating, Pahang.



Pantai Cherating dipandang tak jemu
Hembusan bayunya nyaman terasa
Keindahan pantainya menggamit tetamu
Makanan lautnya segar sentiasa..

Lautan membiru luas terbentang
Alam menghijau penyejuk mata
Pantai Cherating tempat bertandang
Aneka chalet, resort dan hotels telah tersedia


Riang di hati gembiranya pasti
Di Pantai Cherating bersuka ria
Bermandi manda agenda dinanti
Sesama sendiri bergelak tawa..

Pepohon nyiur galak melambai
Seolah menggamit kedatangan pengunjung
Harap ke Cherating dapatlah Leeyana & Radhi sampai
Melakar kenangan yang tiada penghujung..

Pelbagai makanan sudahlah pasti
Di perkampungan Cherating segalanya ada
Tak sabar rasanya untuk bercuti
Bersama pasangan berlibur gembira..

Pantai Cherating tempatnya cantik
Terpesona pasti mata melihat
Lautnya cantik pantainya menarik
Sesiapa berkunjung pasti terpikat..

Terbayang bersama suami tersayang
Berpimpinan tangan berjalan bersama
Ikatan cinta tiadakan goyang
Terus marak panas membara..

Bersama keluarga meluangkan masa
Itulah impian yang perlu dilaksanakan
Harap entriku bertuah hendaknya
Moga coretan buat juri tertawan ..





Bayangkan anda bersama insan tersayang iaitu suami tercinta  berpimpinan tangan bersama-sama berjalan sepanjang pesisiran pantai sambil melihat keindahan matahari terbit dan terbenam. Pasti suasana romantik ini dapat membangkitkan api cinta sepertimana permulaan percintaan.



Pada malamnya pula, bayangkanlah Leeyana, Radhi serta keluarga dapat ke Pantai Cherating sambil mendongak langit membilang bintang-bintang yang bertaburan di dada langit, pasti kerlipan cahaya bintang akan membuatkan kalian terus terpesona untuk menatap keagungan ciptaan Ilahi itu dengan lebih lama..



Seperti yang kita sediamaklum dari segi geografi bahawa Cherating merupakan kawasan perkampungan nelayan dan pesisiran pantai. Jadi sudah pasti terdapat banyak makanan laut yang segar-segar di sini, bak kata pepatah ‘pucuk dicita, ulam mendatang’. Alangkah bahagianya andai dapat bersama keluarga bersantai di Cherating sambil menikmati makanan yang enak-enak dan merasa Sata, iaitu salah satu makanan yang banyak terdapat di Cherating.



Apabila sudah ke pantai, pasti percutian akan lebih indah andai dapat bermandi-manda di Pantai Cherating yang sangat indah dan cantik. Keseronokan berganda apabila dapat mengejar ketam yang kecil-kecil sambil mengutip kulit siput untuk dijadikan koleksi. 


Kemudian Leeyana, Radhi dan keluarga bergotong-royong membuat istana pasir, ah! Pasti ianya akan menjadi satu kenangan yang paling indah buat kalian. 

Pasir pantai yang memutih disamping deruan ombak yang memecah pantai ditambah lagi dengan hembusan bayu yang menyamankan di Pantai Cherating secara tidak langsung pasti dapat mengurangkan tekanan bebanan kerja buat sementara waktu. 


Lautan yang membiru yang terbentang luas di depan mata juga pasti dapat mengurangkan kekusutan fikiran, dan bunyi ombak yang menghempas pantai umpama alunan irama yang menenangkan bagi si pendengar. Keindahan alam semulajadi yang terpelihara untuk dihayati bersama, keindahan itulah antara bukti kekuasaan Tuhan. 



Banyak perkara yang berfaedah yang dapat dilakukan bersama keluarga apabila berada di Cherating seperti melihat pusat penetasan penyu di Santuari Penyu Cherating. Agar Leeyana dan keluarga dapat belajar untuk mendekati dan mencintai alam, dan hidupan di dalamnya terutamanya fauna yang hampir pupus seperti penyu. Selain itu kalian boleh belajar bagaimana kitar hidup bagi seekor penyu dan ku yakin pasti Leeyana dan keluarga akan teruja apabila dapat melihat penyu di depan mata apatah lagi sekiranya dapat melihat penyu bertelur. 
Sekiranya berada di Cherating, jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang keropok lekor dan keropok keping buatan dari sana kerana ku yakin ianya pasti sedap ditambah lagi ianya dihasilkan dari ikan-ikan yang segar... (Kak Nida selalu beli di sana sebab kami tinggal di Kuantan :) )



Akhir sekali sebelum kami berangkat pulang, jangan lupa juga membeli cenderamata dari Cherating untuk dibawa pulang. 




Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Harap-harap menawan juri
Harap impian menjadi realiti



TAG:
Intan Berlian
Fieda
Syieda

No comments:

My Blog List