AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday 4 March 2012

Contest Aku Suka Lagu Ni Kerana... By Nur Happiness & Nooral

Klik banner untuk sertai.

PERATURAN
  • Contest ni bermula 3 Mac 2012- 15 Mac 2012.
  • Tinggalkan link korang di comment box aku ataupun Fana
  • Pemenang akan dipilih secara eksklusif oleh aku sendiri dan Fana. Pemenang dipilih berdasarkan entry yang gempak,tertarik menarik kau memang da boom.
  • Jika penyertaan kurang dari 15 orang,maka secara automatiknye simple contest ni akan terbatal.
  • Hadiahnye ialah :

HADIAH
Tempat pertama
topup RM 15
Tempat Kedua
topup RM 10
Tempat Ketiga - Kelima
topup RM 5


Inilah lagu menusuk kablu
Penuh bermakna dalam hidupku
Mencintaimu setulus hatiku
Moga Ilahi memberi restu.


Lagu kegemaran penuh nostalgia
Kisah cinta bersama si dia
Lagu yang punya 1001 cerita
Tantang perasaan dan juga setia.



"Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku"




Kutitip doa dalam perhubungan ini
Moga kami dalam lindungan Ilahi
Diberkati jodoh ke akhir nanti
Bahagia bersama sentiasa abadi..


Inilah lagu menusuk hati
Buat suami yang sangat kucintai
Dialah anugerah dari Ilahi
Ditakdirkan bersama jodoh terpateri...


21 Mei 2000 tarikh bersemi
Lafaz akad menjadi saksi
Kini aku bergelar isteri
Disamping suami sayang menyayangi..

21 Mei 2000, tarikh yang meninggalkan seribu makna buatku, tarikh yang mengikat jodoh kami, kini cinta kami bersatu. Allah itu Maha Mendengar doa hamba-hambanya, syukur kerana aku telah dipertemukan dengan insan yang terbaik dalam hidupku, insan yang tidak kenal erti putus asa, insan yang terlalu banyak pengorbanannya dalam merebut cintaku, dan insan ini jugalah yang akan selalu berada dalam hatiku selagi hayat dikandung badan. 


Setiap kali ku mendengar lagu "Mencintaimu" ini, pasti saat kita mula disatukan tersingkap kembali. Saat-saat manis tatkala aku bergelar isteri buat suami yang sangat ku cintai. Lagu ini menjadi kenangan buat kita berdua lantaran dirimu sering juga mendendangkan alunannya ke telingaku.


Suamiku..ku tahu hati budimu...kau seorang pejuang yang hebat...ku tahu sejak aku mengenalimu.  Hari ini, aku tahu kau masih selalu menangis sendirian.  Bila kita berbicara tentangnya, kau sering merasakan kau tidak mampu memberi yang terbaik buat kami.  

Ketahuilah suamiku, kau telah berikan yang terbaik dengan kemampuan yang kau ada. Kau seorang suami yang penyayang, ayah yang sering menjadi kebanggaan buat anak-anakmu, kami menyayangi setulus hati kami. Terima kasih sayangku kerana melakarkan pelbagai memori dan pengalaman yang indah dalam hidup ini. Kaulah yang terbaik buatku.. buat anak-anakmu... dan ku tetap "Mencintaimu" sebagaimana lirik yang tertulis pada lagu yang menjadi kegemaranku.

Dialah suami dan juga teman
Berkongsi pendapat dan juga pandangan
Lagu "Mencintaimu" menjadi kegemaran
Ku tujukan khas buat suami tersayang.


TAG:
Syieda
Nuyui
Joel

2 comments:

nur happiness said...

tq join..sweet sgt... :)

NAS said...

Thanks sebab sudi join and beri support.. :D moga2 anda menang :)

My Blog List