AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 2 April 2012

CikAbbit's SuperDuper GA

Klik banner untuk sertai.

PERATURAN

  • GA ini akan berjalan dari 6 Mac 2012-6 April 2012
  • Senarai name peserta akan di update insya allah.UPDATE
  • Semua syarat wajib di patuhi untuk mengelakkan dari di singkirkan dari GA ini.
  • Senarai hadiah akan di update soon. 
  • undian akan di lakukan secara cabutan.
  • Selamat Menjoinkan diri.#tak wajib tag tp sape yang rajin promote kan entry nya akan mendapat hadiah istimewa. Rajin2 la jengah blog cikAbbit untuk sebarang perubahan.
PENAJA

Bismillah kata pembuka bicara
Buat semua para pembaca
Entri kucipta kugubah jua
Demi memeriahkan pertandingan yang ada
Sudi kiralah rakan semua
Memeriahkan pertandingan bersama.




Salam perkenalan Kak Nida hulurkan
Merapatkan ukhuwah sesama kita
Meramaikan kenalan dan juga rakan
Moga berjumpa di alam nyata..:)



Ku selit madah entri ku gubah
Khas buat Cik Abbit tentunya
Teruskan perjuangan janganlah mengalah
Dalam mengejar cecita pastinya.




Bukan sedikit halangan kau tempuh,
dalam mengejar cecita yang tertanam di jiwa,
bukan sedikit keringat yang tumpah,
dalam menabur bakti dan jasa,
bukan sedikit air mata yang mengalir,
dalam mencari erti ketenangan..
semuanya perlu kekuatan,
semuanya perlu katabahan..

Kelahiranmu ...
menggendong bersama amanah yang pasti,
yang harus kau laksanakan,
sebagaimana bertambahnya usia mudamu,
menginjak tahun demi tahun,
terus meninggalkan perjalanan yang lalu,
yang kini kau panggil kenangan,
kenangan yang tercipta lewat musim lalu,
bersama keluarga, bersama teman..

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun,
kau terus menimba pengalaman yang dalam suka dan duka,
menjadi warna warni kehidupan,
mematangkan akal fikiranmu,
mematangkan setiap tindakanmu,
teruslah mendaki hingga ke puncak jaya,
setinggi langit yang terhampar di atas,
setinggi bangunan yang yang mencecah awan,
lantaran masa terus menghambatmu,
janganlah leka terus membuai,
kerana kelekaan itu pasti menghampakan,
jiwamu yang penuh cecita..

Andaikata tika kau bermenung,
mengenang segala kenangan,
terlukis segala kepayahan,
dalam menempuh rintangan alam kedewasaan,
namun tetapkan hatimu terus melangkah,
walau banyak mana airmata yang tumpah,
walau banyak mana beban digalas,
walau banyak mana masalah melanda,
walau banyak mana ujian yang datang,
bangkitlah kembali mencari semangat,
dalam membina kental dihati,
moga cecita menjadi realiti,
teruslah melangkah dalam perjuanganmu,
dalam meniti keperitan,
yang hujungnya kelak kau kan tersenyum,
moga dirimu beroleh berkat,
dan rahmat dari Tuhan Yang Esa.




Kak Nida sertakan juga lagu buatmu
Moga membangkitkan semangat pejuang
Ingati Allah perlulah selalu
Tak kira masa malam mahupun siang.


Jauh ku tinggalkan kisah semalam
Jauh ku tinggalkan duka kelmarin
Kusut jiwa menyesakkan dada
Kecamuk hati ini tak pernah ku luah
Ketika Kau kurniakan
NikmatMu kepadaku
Terasa diri dlimpahi RahmatMu
(chorus)
Ku mohon Engkau pimpinlah kelemahan hati ini
Agar aku selalu di jalan RedhaMu
Tak putus memujiMu
Moga tak Kau biarkan dan lontarkan diriku
Bersama mereka yang di dalam kemurkaanMu
Tuhan kepadaMu aku meminta
Jangan Kau biarkan aku terleka
Dan tenggelam dalam nikmat dunia
Terlupa yang ku miliki semua milikMu
Hanyalah keikhlasan serta pengabdianku
Menjadi lafaz syukurku kepadaMu
Dan ku kembali padaMu Tuhan
Yang Menciptakan

Buat Cik Abbit, Kak Nida tintakan madah ini khas dari luahan ikhlas dari Kak Nida dengan harapan agar ianya dapat membantumu dalam menempuh hari muka... 

1. Tidak ada yang mustahil dilakukan andai kita berusaha ke arahnya, tanamkan semangat dan tekad untuk berjaya lantaran semangat inilah yang mengagahkan kita untuk terus melangkah. Iringkan perjalanan hidupmu dengan doa dan restu dari keluarga, Insya Allah berkat laluan hidupmu kelak. Namun percayalah setiap apa yang berlaku datang bersamanya dengan rahmat yang tersirat.


2. Bukan senang nak jadi SENANG dan bukan susah nak jadi SUSAH, tepuk dada tanya selera jalan mana yang dirimu pilih, kesusahan atau kesenangan. Andai kesusahan yang dipilih, maka hiduplah kau dalam keadaan bersenang lenang sekarang, tanpa berusaha, hidup dalam kemalasan, tanpa berusaha, namun andai kesenangan yang dirimu pilih, ayuh! Jangan leka lagi korbankan sedikit masa demi kesenangan dihari muka. Tiada insan yang mahu susah, oleh itu bukakan hati, lapangkan dada untuk terus berusaha. Percayalah Allah sentiasa membantu hambanya yang dalam kesusahan.. Insya Allah



3. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari. Dia turunkan hujan dan petir. kita pun bersedih dan tertanya-tanya kemanakah menghilangkan sang matahari. rupa-rupanya Allah nak berikan kita pelangi.. 

 

Sekian sahaja entriku ini
Moga-moga ada rezeki
Madah ikhlas dari hati
Ku coretkan khas buatmu yang pasti.


Setiap madah yang terzahir ini
Moga-moga berbekas di hati
Moga impianmu menjadi realiti
Perjalanan hidupmu dirahmati Ilahi.



Tag:
Afafkusayang
Nisa'
Joel.

1 comment:

cik abbit said...

wah sampai blog ni,, rase nak nanges. TQ sebab join.. Insya allah malam esok release name pemenang. btw, nice blog <3

My Blog List