AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday, 2 April 2012

CONTEST : CERITA SERAM

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://syaf.frenzyfm.my/


Ayat Al-Quran Tentang Iblis, 

Syaitan dan Jin



Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'aam 6:112) |

Cerita ini baru lagi berlaku, dan sampai sekarang aku masih dalam ketakutan bila mengenangkannya kembali. Dah dua kali benda ni berlaku, aku bukanlah nak menakutkan orang-orang yang penakut macam aku ni, cuma nak berkongsi dua cerita seram yang pernah berlaku dalam hidup aku. Lima hari lepas (30 Mac), sedang aku dan suami lena diulit mimpi, tiba-tiba dalam pukul tiga pagi, komputer di bilik kami boleh ter'on' dengan sendirinya, tak ke haru tu. Aku buat-buat tak tahu sebab dalam fikiranku mungkin aku sedang bermimpi agaknya. Tapi aku yakin aku tak bermimpi sebab ketika itu aku boleh duduk dan lihat komputer itu dengan jelas.


Kemudian pada keesokan harinya aku pun bertanyalah pada suamiku tentang kes seram pagi tadi, tapi yang peliknya jawapan suamiku adalah "tak"..agaknya orang lelaki, kalau tidur tu gajah lalu disebelah pun tak sedar...(ampunnnnnn yaaaaa suamiku sayang...,:))


Kemudian  aku pun malaslah nak kisah dan ambil berat sangat  kisah tu, sebab mungkin juga aku bermimpi. Tapi yang buat aku jadi kisah semula bila esoknya dia buat hal lagi, tengah leka aku menyapu sampah di ruang tamu tiba-tiba terdengar orang baca Bismillah (sebab komputer aku ni bila "on" ada bunyi orang baca Bismillah), bayangkanlah kepanikan aku ketika itu, dahlah aku seorang yang tinggal di rumah ketika itu, suami dah ke tempat kerjanya manakala anak-anak pula dah ke sekolah. Kalau anda semualah ditempat aku, pasti sudah berdiri bulu roma macam aku, silap-silap haribulan ada yang terus lari keluar. 


Aku pun terus menelefon suami dan memintanya pulang. Aku pun menceritakannya apa yang telah berlaku dan selepas dari kejadian itu setiap selepas solat Maghrib kami sekeluarga membuat bacaan Yasin, ye lah risau juga kalau ada penghuni lain yang tumpang di rumah aku ni... seeerrrrraaaaaammmmm.


Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).



Cerita yang kedua pula, dulu masa aku masih mengajar di SMK Pandan pada tahun 2007, ketika tu aku seorang diri dalam nursery (sekolah aku tu ada nursery), yang lain-lain ke makmal komputer kerana ketika itu ada kursus buat pengasuh-pengasuh TASKA. Disebabkan aku ini salah seorang AJK maka tugas aku ketika itu ialah kena jaga bayi-bayi yang ada dalam nursery sementara yang lain ke tempat kursus di bangunan bersebelahan dengan nursery.


Sedang aku mengenjut buai bayi dalam nursery ini, nak dijadikan cerita, tiba-tiba aku terdengar satu bunyi seakan deringan handphone dimana antara lirik lagunya "antara gadis yang kutemui kau saja kini dalam renungan, mungkin kerana dengan senyuman terpegun diriku"... aku taklah kisah sangat tentang deringan tu sebab biasalah bunyi handphone. Tak lama kemudian bunyi itu senyap, kemudian berbunyi lagi tapi kali ini bunyi suaranya macam radio rosak dan agak garau, saat itu aku terasa pelik  sebab mana ada bunyi handphone macam radio rosak dan suaranya yang pada mulanya merdu mula bertukar garau, kalau tiada bateri pun pasti handphone tu akan ter'off' sendiri. 


Bunyi yang menyeramkan itu berkali-kali dilagukan, dan suara yg aku dengar tu pun naik seram. Aku pun apalagi ca alif ba wau ta, yang seram dan musykilnya (sehingga ke hari ini) tidak ada seorang pun yang mengaku bunyi itu dari bunyi handphone masing-masing sampai ke hari ini.


Salah seorang pengasuh yang paling lama bertugas di nursery itu memberitahu aku bahawa beliau juga sering diganggu dengan bunyi-bunyi pelik tatkala berada di nursery berkenaan. Aku rasa logik juga bunyi itu berasal dari alam lain sebab sekolah SMK PAndan tu memang agak keras dan bangunan nursery berkenaan juga berada paling belakang dan berdekatan dengan hutan. Jadi kemungkinan "mereka" ingin berkenalan dengan aku... issshhhh, berdiri pula roma aku tatkala menekan papan kekunci ini.


“ Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syeitan dan dari kejahatan setiap yang mempunyai kejahatan dan dari kejahatan yang datang kepadaku dengan rahmatMu wahai Dzat yang Maha Penyayang ”



Jadi setakat inilah dahulu perkongsian cerita benar yang pernah aku alami sendiri, ianya memang amat menyeramkan... dan sehingga kini apabila dikenangkan kembali saat berkenaan pasti bulu roma aku akan berdiri. Moga pengalaman aku ini dapat menarik hati juri...ameeeeeennnn.


SEDIKIT INFO

Punca gangguan jin, sihir dan rasukan syaitan

1. Suka baca buku cerita, filem hantu dan sihir.
2. Perasaan takut dan gembira melampau.
3. Wanita suka bersolek dan membuka aurat.
4. Lalai serta ingkar perintah Allah.
5. Menyimpan alat muzik, alat melalaikan di rumah.
6. Meninggikan suara dalam bilik air.
7. Menangis dan merintih sebelum tidur.
8. Membuang air panas kedalam bilik air.
9. Melompat tempat tinggi tanpa membaca Bismillah
10. Tempat gelap yang ditinggalkan.
11. Suami isteri sering bertengkar.
12. Terlampau marah.
13. Mengikut hawa nafsu.
14. Simpan lukisan motif manusia atau anjing dalam rumah.
15. Berlaku sihir.
16. Berlaku perjanjian diantara jin dan tukang sihir.
17. Jatuh cinta kepada jin.

Tanda terkena gangguan jin dan syaitan

1. Sukar tidur malam.
2. Hati berdebar ketika senja.
3. Keluh resah tidak menentu.
4. Mimpi menakutkan yang berulang.
5. Selsema berpanjangan.
6. Berasa malas zikir dan sembahyang.
7. Sakit gagal dikesan oleh doktor.
8. Pening berpanjangan ketika senja.
9. Otak lemah.
10. Tidak sedarkan diri dan pengsan.
11. Telinga berdesing, dengar kata-kata suruhan.

TAG:
Azatiesayang
Nisa'
Syieda
Fieda

1 comment:

SYAF said...

thank sbb sudi join,,, :)..link entry anda akan syaf masukkan dalam update kontest...

banyak pengajaran dan tunjuk ajar disini...

My Blog List