AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday 3 April 2012

TagMe GiveAway

Klik banner untuk sertai.
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan giveaway anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap Mia berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan.
Hadiahnya lumayan buatku tertawan
Moga-moga ada kemenangan
Harap impian jadi kenyataan
Dapat hadiah yang jadi buruan..:)

LAPAN WARNA BERLAINAN-SAPE CPT DIE DPT =)
Sudahkah kini anda percaya
Hadiah menarik di depan mata
Jangan ternganga mulut lama-lama
Apalagi yang ditunggu jom sertai bersama
Sementara masa masih ada
Lagipun syaratnya tak susah mana
Ikut sahaja habis cerita
Mia pasti tersenyum sahaja
Melihat ramai yang join 'give away'nya
Bisnes menapak maju sentiasa
Mudah-mudahan untung dikira
Kenalan juga bertambah hendaknya...


TagMe GiveAway



9 April 2012


Senyumannya manis tak jemu melihatkan
Usahawan gigih meneruskan perjuangan
Namanya Mia itulah gelaran
Bisnesnya maju terus ke depan
Itulah doa dan juga harapan
Yang kami iring yang kami bekalkan
Semoga terus melangkah ke depan

Di blog http://bibie-says.blogspot.com semua ada
Pilih sahaja yang mana suka
Harga murah geram dibuatnya
Barangnya cantik berkualiti tentunya
Kalau tak percaya silalah ke sana
Lihatlah sendiri di depan mata
Boleh juga kita berbelanja
Tentu Mia girang sentiasa
Pelanggan ramai berkembang bisnesnya


Di FB juga boleh hubunginya
Sambil melihat barangan yang ada
Zaman sekarang senang sahaja
Like sahaja "page" yang tersedia..:)


Bagi mereka yang ingin buat tempahan
Klik sahaja ruangan yang diberikan
Di FBnya tempat membuat urusan
Mia berlapang dada menanti para pelanggan.

Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali contoh yang ada
Tapi banyak lagi pilihan di mata
Ini cuma sebahagian sahaja
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat barangan yang cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Sunggul comel, kemas tidak terkira
Yang buat pemerhati akan jatuh cinta...



Andai anda sudah tergoda
Apalagi ayuh hubunginya
Insya Allah Alya berlapang dada
Melayan pelanggan dengan hati terbuka
Kepuasan pelanggan itulah keutamaannya
Bisnes maju rakan pun bertambah adanya
Apalagi ditunggu bertindaklah segera.


V
V
V
V
V
V
Sungguh cantik kemas pun jua
Buku disalut keselamatan terjaga
Rancangan Pengajaran Harian pula tertulis di dalamnya
Guru menulis teruja sentiasa
Lantaran sampulnya indah dimata
Ianya juga amat unik dan kreatif juga
Juga nama tertera di depannya
Membangkitkan semangat dan motivasi juga
Dalam merencanakan pengajaran harian pastinya
Insan yang melihat pasti terpesona jua
Melihat buku dibaluti kemas dan menawan tentunya
Manjadi contoh juga buat pelajar semua
Agar menghargai dan menyayangi buku yang ada.

Kucipta madah ini khas buatmu...

Doa kami terus mengiringi
Agar dirimu berjaya dalam bidang yang diceburi
Moga menjadi usahawan disegani
Rajin dan gigih mencari rezeki.

Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Dalam pengorbanan perlu keikhlasan
Dalam berniaga perlu usaha berpanjangan
Dalam berusaha doa perlulah berkekalan.

Dalam rancak mengorak langkah
Mencari untung dan juga tuah
Kadangkala ujian datang menerjah
Bangkitlah berjuang jangan mengalah.

Lebarkanlah sayap perniagaanmu
Susun strategi dengan akal dan ilmu
Pasti kejayaan akan kau temu
Pada Ilahi berdoa tak jemu.

Semangat dan motivasi perlu disemai
Berjimat cermat janganlah cuai 
Insya Allah untung akan dituai
Moga berjaya cecita digapai


Sekian sahaja entriku ini
Andai ada tersalah bicara
Maaf ku pinta seikhlas hati
Ikatan ukhuwah bertaut mesra.. :)


Tag
Zaikulim
Diana
Ezmaliza
Nisa'
Syieda



No comments:

My Blog List