AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday, 29 April 2012

"Contest ILove MyParents" by Iza

Klik banner untuk sertai.

PENAJA


Terlalu besar pengorbananmu
Terlalu mulia hatimu
Terlalu dalam kasihku padamu
Terlalu kuat rasa sayang buatmu..:)

Mengapa diri mereka amat ku sayangi.. lantaran terlalu banyak pengorbanan mereka kepadaku. Dirinya tidak pernah mengeluh malah sentiasa tersenyum walau digamit dengan sejuta keperitan. Andai dibentang pelbagai rintangan, mereka tetap tabah bangkit berjuang dalam memberikan yang terbaik buat anak-anaknya. 

Kagum aku pada dirinya, dengan sabar melayan karenah anak-anaknya walau onak dan duri yang kami tabur, dengan ikhlas mereka terus menabur jasa dan bakti tanpa secalit dendam di hati. Malah mereka telah menyediakan diri kami anak-anaknya dengan benteng kesabaran, merumahkan kami dengan keimanan dan mempersiapkan kami untuk menempuh dunia yang penuh pancaroba.

Ku lihat di mata mereka ada sinar redha buat anak-anaknya dan kasihnya sentiasa harum umpama setanggi syurga buatku. Dialah kesanyanganku, penerang obor cahaya dikala aku kegelapan, penyegar kepada kelesuan hatiku, dirinya jua ibarat kompas kepada berlikunya jalan hidupku ini... 


Dialah obor menerangi kehidupan
Penerang jalan dikala kegelapan
Walau digamit berjuta dugaan
Gagah dirinya meneruskan perjuangan...


Bersama ibu tercinta, Rohani binti Ibrahim

Dulu tak pernah aku mengerti perasaan seorang ibu
Dulu tak pernah aku faham kepenatan seorang ibu
Dulu tak pernah aku cuba menyelami kesedihan seorang ibu
Dulu tak pernah ku tanya ibu tentang kesakitan melahirkan ku
Dulu tak pernah putus doa ibu buat kejayaan anak-anaknya
Dulu tak pernah aku melihat ibu mengeluh
Dulu tak pernah ku lihat ibu mengabaikan kami
Dulu tak pernah jemu ibu melatih ku bersyarah
Dulu tak pernah merungut ibu menemaniku mengulangkaji
Dulu ibu tak pernah mengalah pada kedukaan
Dulu ibu tak pernah lupa berpesan pada kami agar belajar bersungguh-sungguh

Kini...
Ibu masih begitu..
Tak pernah jemu
Tak pernah penat
Tak pernah merungut
Tak pernah mengeluh
Tak pernah lekang doa di bibir
Tak pernah mengabaikan

Kini juga...
Aku seorang ibu
Telah ku faham perasaan seorang ibu
Telah ku lalui kesakitan melahirkan zuriat amanahNya
Telah ku mengerti kesedihan seorang ibu
Telah ku rasa kepenatan seorang ibu
Telah ku tahu harapan seorang ibu pada anaknya

Aku berharap semoga aku setabah ibu
Mampu mengharungi hari-hari mencabar dengan tenang
Telah banyak derita dan keperitan yang telah ibu telan
Namun ibu tak pernah tewas dalam perjuangan
Perjuangan dalam mendidik
perjuangan dalam mengasuh
perjuangan dalam membesarkan
pada kami anak-anakmu..

Dulu dan kini
Ibu masih begitu
masih begitu
hanya berharap
yang terbaik buat anaknya.



Damailah dirimu di sana.... suatu hari nanti kami jua akan menyusul.
Al-Fatihah buat insan tersayang, Muhammadon bin Juhari.


Moga abah damai di sana
Doa kami sentiasa mengiringi
Dirimu insan terbaik buat kami semua
Seorang pejuang yang sentiasa berani.

Kami anak-anakmu sentiasa merindui
Kenangan bersama segar diingatan
Moga rohmu dalam rahmat Ilahi
Al-Fatihah ku kirim doa kuselitkan.



1. Doa berpanjangan ku panjatkan pada Ilahi untuk mereka.



2. Buat ibu, ingin sekali ku hadiahkan tiket dan segala keperluan agar tercapai hasrat dirimu menunaikan haji.. Insya Allah, amin.





3. Buat arwah abah, bacaan Yassin dan surah Al-Fatihah bakal ku sedekahkan buatmu setiap kali selepas solatku.






Sekian sahaja entriku ini
Tentang keluarga yang amat disayangi
Moga mereka dalam rahmat Ilahi
Madah ku tulis ikhlas di hati.




TAG:
Azatiesayang

Nisa'


No comments:

My Blog List