Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://sandslova.blogspot.com
HADIAH
TEMPAT PERTAMA
TEMPAT KEDUA
TEMPAT KETIGA
SAGUHATI UNTUK 2 PEMENANG
HADIAH
TEMPAT PERTAMA
~ Wang tunai / Topup RM20
~ 1 pc Satin Shawl + Inner
~ Doodle
~Buku nota exclusive Conteng-conteng by contengconteng.com
TEMPAT KEDUA
~ Wang tunai / Topup RM15
~ 1pc satin shawl
TEMPAT KETIGA
~ Wang tunai / Topup RM10
~ 1pc inner
SAGUHATI UNTUK 2 PEMENANG
~ Topup RM5
**sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah kami tetapkan
**sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah kami tetapkan
a) Saya minat fesyen tudung jenis...
Bawal Tone
cth:
kerana:
Seorang guru itulah kerjayaku
Setiap fesyenku menjadi bualan anak muridku
Diriku perlulah bergaya selalu
Agar bersemangat anak murid nak masuk kelasku..:)
Tudung Bawal Tone fesyen terbaru
Menjadi kesukaan dan idaman kalbuku
Bila tudung ini dipakai di kepalaku
Rasa 'confident' dan buatku ceria selalu..:)
Begitu juga dengan suamiku
Pasti berkenan andai tudung ini menjadi milikku
"Nampak anggun" ayat yang bakal diucap padaku
Pemakaiannya juga mudah sudahlah tentu..:)
Lagipun ku punya tiga anak dara
Yang kini dah pandai melawa
Habis tudung bawalku menjadi mangsa
"cantik" katanya setiap masa..:)
b) Tudung yang saya rasa saya suka dalam SANDLOVA ialah..
Bawal Two Tones Kosong
Simple dan kemas andai dipakainya
Mudah dan senang digaya di kepala
Tidak rumit untuk menggosoknya
Pelbagai jenis baju sesuai bersama.
Harganya pun murah kualiti terbaik
Warna bertona menawan kalbu
Pasti pemakai tampak menarik
Bawal Two Tones festen terbaru.
c) Komen
Kak Nida cuba ye untuk memberi pandangan. Sekadar apa yang terlihat dan terlintas di fikiran...:)
Header Blog
Kak Nida suka sebab simple dan kemas. Nampak profesional dan tidak serabut. Ianya juga amat bersesuaian dengan tema blog SANDSLOVA.
FOLLOWER
Gadget ini memang sepatutnya perlu diletakkan di dalam blog, memudahkan pembaca mengikuti blog ini. Tahniah kerana kedudukan ruangan follower yang diletakkan diantara ruangan atas sidebar memudahkan pembaca untuk menjadi follower dan tidak perlu tercari-cari.
PAGES
Ini juga memudahkan pembaca untuk melihat page-page yang tersedia dalam blog SANDLOVA dan mencari info yang berkaitan seperti katalog, order form dan lain-lain lagi.
Apa yang wajib ada di blog anda;
Blog roll / Blog list - Senarai blog orang lain yang anda minat baca. Contohnya di blog aku, The Other Pretty Gay. Ianya penting supaya orang sedar akan kewujudan blog korang.
Google Connects (Followers) - Pelanggan tetap anda.
Chatbox - Shoutmix (Free dan ada banyak kelebihan berbanding chatbox lain. Ada IP address misalnya)
Label / Tag - Penting kalau blog anda best.
Iklan - Nuffnang - Kalau anda berminat nak cari sikit duit. (Perhatian, aku ulang SIKIT DUIT.)
Counter, Referrer / Tracker - Penting untuk korang tengok aktiviti trafik blog anda. Boleh tahu apa yang orang-orang di dunia ni search untuk sampai di blog anda.
Google WebMaster - Juga tracker. Penting untuk tengok trafik dan keyword dan trend blog anda.
(sumber Kak Nida ambil dari sini)
Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan ikhlas dari Kak Nida. Andai ada terkasar bahasa, Kak Nida menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata.
Sekian sahaja entriku ini
Tulus dan ikhlas dari sanubariku
Moga-moga memikat juri
Harap-harap ada rezekiku.
TAG:
Ummi Iman
Ummi Iman
Abazilah
Cik Rose Cute
Nad
Intan Berlian
Fieda
No comments:
Post a Comment