AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Sunday, 29 April 2012

Di Luar sana

Salam buat semua.
Malam tadi disebabkan terlalu penat, maka selepas solat Isyak (pukul 7 petang) aku terus terlena, sepanjang hari aku mengemas rumah jadi tak sempat nak menonton tv. Pagi tadi rakanku ada menyatakan bahawa berita TV1 NZ  malam semalam ada mengeluarkan kisah tentang demonstrasi BERSIH di KL,  dan orang yang di’interview’ oleh pemberita menyatakan perkara yg boleh menyebabkan interpretasi buruk tentang negara… wallahualam.
Aku tidak ingin mencoretkan tentang dunia politik di sini, sebab bagi aku masing-masing ada hujah sendiri, tapi aku nak tepek sajak yang pernah aku tulis dahulu untuk dihayati oleh semua, dan sebenarnya apa yg aku nak cakap “Bersyukurlah kita bukan seperti insan yang aku gambarkan dalam sajak ini, masih boleh makan dengan aman, tiada bunyi mortar yang menakutkan dan masih boleh menunaikan kewajipan sebagai umat Islam tanpa gangguan”.
Disaat malam mula menjengah
sendirian aku melihat ke luar jendela
ku lihat derita di luar sana
ku dengar tangisan disebalik ketakutan
Termenung aku sejenak mencari erti
Pada sebuah hakikat kehidupan
Pada sebuah hakikat kedamaian
Hatiku diruntun sebak
Ku lihat kesengsaraan saudara di sana
Ku lihat kesakitan meraung hiba
Lantaran rakusnya zionis merentap nyawa
Ibarat malaikat maut lagaknya
Di hujung bazooka bagaikan mainan
Lihatlah dunia!
Bangsa mati kebuluran
Tanah bermandi darah dan sengketa
Ke mana keamanan!
Ke mana keabadian!
Ke mana kemanusiaan!
Ke mana keinsafan!
Ke mana keprihatinan!
Ke mana kesedihan!
Ke mana semuanya!
Hanya Dia yang tahu
Mengapa…
Nyawa ibarat berharga tiada
Tangisan si kecil tiada diendah
Meratap sepi simpati dicari
Andai ada sekelumit belas
Andai ada secebis harapan
Pada insan bernama MANUSIA
Namun…
Terkulai si anak di pangkuan keluarga
Menangis si suami kehilangan isteri
Retorik kosong PBB janjikan…
Senyuman sinis kau lemparkan
Sengsara umat mengerti tiada
Hanya si anak menanggung pasti..
Sakit derita nyanyian abadi
Andai ada ruang harapan
Moga damai menjengah tiba.
Ya Allah,
Sujud kami penuh sesalan
Sujud kami mohon keampunan
Sujud kami mohon diperkenan
Sujud kami penuh impian
“Kau selamatkanlah saudara kami di Palestin sana…aminnn.”
~nida~

No comments:

My Blog List