Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://cikharty88.blogspot.com
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawa
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan.
DALAM NEGARA
Pantai Batu Layar, Pengerang, Johor.
Kak Nida membesar di kampung ini, dan sudah pastinya akak cadangkan agar Cik Hannah bercuti di sini andai ingin melihat kedamaian pantai, kelembutan angin berhembus dan perkampungan nelayan yang asli, dan yang pasti makanan laut di sini segar dan murah!!!
LUAR NEGARA
South Island, New Zealand.
Pengalaman Kak Nida sepanjang tiga tahun setengah menjadi perantau di bumi New Zealand menyebabkan akak ingin berkongsi tempat yang menarik dan sepatutnya Cik Hannah pergi sekeluarga. Bagi Kak Nida ianya merupakan satu tempat ibarat syurga dunia apabila kita dapat menyaksikan panoramanya... sungguh indah dan menakjubkan. Untuk lebih menarik, akak cadangkan agar Cik Hannah sekeluarga menaiki campervan (satu pengalaman yang tiada di Malaysia). Apabila berada di South Island, NZ... antara tempat-tempat yang boleh dilawati ialah boleh dilihat di video ini, hampir kesemua tempat pernah kami lawati dan percayalah Cik Hannah pasti tergamam apabila dapat melihat keindahan ciptaan Ilahi di depan mata:
cth campervan:
Terus terang Kak Nida katakan bahawa pertama kali menjengah ke blog http://www.scarfsweethoney.com/... hati terus terpaut pada barangannya dan juga harganya yang pada pendapat Kak Nida amat murah bagi barangan yang berkualiti.
Bagi Kak Nida http://www.scarfsweethoney.com/ merupakan antara blogshop yang terbaik bagi pilihan semua untuk berbelanja. Lagipun pelbagai pilihan dan aneka corak yang tersedia bagi pelanggan menjamu mata dan membuat pilihan.
Seperkara lagi yang suka ialah tentang blognya, amat kemas dan mudah untuk loading. Tidak serabut dan tuan punya blogshop memang pandai menyusun atur gadget yang ada di blognya..
Jadi buat mereka yang ingin melihat barangan yang menjadi jualannya, apalagi yang ditunggu.. memang tak rugi berbelanja di sana. Nadia dan Bieyha berlapang dada menerima kunjungan tetamu.
Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga-moga ada kemenangan
Entri ku gubah sebagai tatapan
Harap impian jadi kenyataan..:)
3 comments:
slm jenguk. best nyer entry akak...shuke2.. Thanks ya kak.. Hope akan menang yer...ehhe
Shuke bc entry akk. Slm singgah. Akk blh bg alamat kt entry brrpaku hannah. Hannah nk poskan keychain. Btw,gudluck
Tertarik dengan persembahan akak =) Thanks ye =)
Post a Comment