AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 23 May 2012

1st GIVEAWAY by cik Misi Nadia

Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://simisimolek.blogspot.com.


Kak Nida ingin mengucapkan syabas kepada Misi Nadia kerana memilih profesion jururawat  ini sebagai kerjaya hidup Nadia. Kerjaya yang sungguh mulia dan banyak kelebihannya.


Kak Nida juga punya kakak ipar dan adik ipar yang bekerja sebagai jururawat, maka banyaklah perkongsian pengalaman yang telah mereka kongsikan pada akak dan sesungguhnya akak kagum pada semangat mereka yang amat bersabar dalam menghadapi cabaran sebagai seorang jururawat...:)
Khas buat mereka yang bergelar misi/ nurse/jururawat..
\\



POSITIF 
1. Jururawat disifatkan profesion yang mulia kerana ia membantu mereka yang memerlukan. Tidak semua insan yang sanggup berhadapan dengan karenah pesakit yang pelbagai kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi, namun sikap sabar dan tolak ansur ini ada pada jiwa seorang jururawat.

2. Jururawat juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah. Malah, bilangan jururawat negara ini yang berkhidmat di luar negara adalah tinggi. Tidak semua kerjaya membuka peluang yang mudah untuk pekerjanya menyambung pelajaran. Maka beruntunglah para jururawat sekelian kerana peluang untuk memajukan diri ada pada kerjaya anda..:)

NEGATIF

1. Terpaksa bekerja shift (giliran) dan ini amat menyukarkan bagi mereka yang sudah mempunyai keluarga. Malah pada hari cuti umum seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan lain-lain mereka terpaksa bertugas.

2. Berhadapan dengan risiko dijangkiti dengan pelbagai penyakit. Kita sudah sedia maklum bidang tugas seorang jururawat, maka risiko mereka untuk terdedah dengan pelbagai jenis virus, bakteria dan patogen berbahaya adalah amat tinggi dan ini merupakan salah satu cabaran kerjaya sebagai seorang jururawat.



Sekian sahaja entriku persembahkan
Moga-moga ada kemenangan
Entri ku gubah sebagai tatapan
Harap impian jadi kenyataan..:)


Tag:
Fiq'Ra
Syieda
Azatiesayang
Intan Berlian
Fieda

2 comments:

ssss said...

sangat terharu :) tnx akak !! lap youu :)

Nida said...

Alhamdulillah... terima kasih atas kunjungan.. moga Kak Nida ada rezeki..ameeeeennn...

I lappp u too :)

My Blog List