AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday, 23 May 2012

BIODATA CONTEST BY NURRA

Klik banner untuk sertai.
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan.

Mei Atika
Assalamualaikum pembuka kata
Salam perkenalan ikhlas bicara
Di alam maya takdir berjumpa
Ku gubah entri buat Nurra di sana..:)

Seorang pelajar yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari..:)

Muhammadon nama ayahku
Rohani nama ibuku pula
Buatmu ayah Al-Fatihah ku kirim selalu
Buatmu ibu doa kuiringkan jua.


Namaku Hasnidar ayahanda berikan
Seorang yang ceria dan suka berkenalan
12 tahun usia perkahwinan
Seorang ibu buat keluarga kesayangan.


Insan biasa yang penuh cecita
Seorang hamba buat yang Esa
Moga impian menjadi nyata
Agar harapan dicapai hendaknya.



Menutup aurat itu indah kerana..............................

sebagai lambang bagi insan yang bertakwa lantaran menutup aurat dapat memelihara kehormatan dan mengelakkan fitnah, selain  itu ianya merupakan salah satu cara untuk membezakan antara seorang muslim berbanding bukan muslim .
(30 patah perkataan)

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
 
 Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)


TAG:
Azatiesayang
Fieda
Syieda
Intan Berlian
Fiqra

No comments:

My Blog List