Klik banner untuk sertai.
Dianjurkan oleh http://www.sissyira.com/
PERATURAN
PERATURAN
1. Buat satu entry khas “Contest 2 : Kata-Kata indah” masukkan banner di atas dan link kan ke entry ini.2. Cipta satu kata-kata indah @ quote original anda sendiri , contohnya syira : menulis apa sahaja!3 . Follow blog sisyira.com.4 . Kata-kata yang paling menusuk dijiwa akan dikira sebagai pemenang.5. Contest berlangsung dari 19 Mei 2012 hingga 3 June 2012..6. Hadiah-hadiahnya ialah..lihat di entri Buah Tangan Special…7. Tag 1 orang rakan [ pastikan mereka tahu anda tag mereka ]8. Tinggalkan URL hanya diruangan komen ini sahaja.9. Diharapkan contest kedua syira ini akan mendapat sambutan daripada para blogger semua..
Sayang
Pertemuan yang membangkitkan rasa cinta
disulami benih kasih dan sayang
yang kemudian bercambah menjadi pepohon
hijau merimbun mendamai rasa
lestari moga ia tetap subur
sebagaimana mekarnya cinta kita.
Sayang
aku isterimu tetap disisi
setia aku menjadi surimu
namun adat kita berumahtangga
akan ada badai melanda
akan ada ombak menghentam pantai
andai laku ku menguji sabar mu
pimpinlah aku ke jalan yang betul
andai tuturku menguris perasaanmu
tegurlah kiranya perbaiki silapku
dan andai aku menjadi racunmu
ku pohon dirimu menjadi penawar.
Sayang
Akan ku terus meniup seruling cinta
bersama alunan indah yang terhasil
umpama indahnya percintaan kita
walau dalam seribu kepayahan melanda
walau dalam sejuta ujian mendatang
namun kita mampu menongkahnya
dalam payung rahmat Ilahi.
Selamat ulang tahun sayang
kuiringkan doa buat dirimu
agar sulit diberi mudah
agar gelap diberi cahaya
agar lemas diberi nafas
Moga Allah memberi syurga
aminnnnn...
Sekian sahaja entriku persembahkan
Kata-kata indah sebagai coretan
Moga Kak Nida beroleh kemenangan
Harap impian menjadi kenyataan.
1 comment:
salam
tq joint :)
semoga berjaya ;)
Post a Comment