AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Wednesday 30 May 2012

Exclusive Giveaway By Ixorra Bazar

Klik banner untuk sertai.
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap Intan berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan.
Exclusive Giveaway By Ixorra Bazar

31 Mei 2012


HADIAH
3 Pemenang Bertuah akan menerima hadiah Exclusive daripada Ixorra Bazar !!!
Jar + Color Sticker + Reben + Marshmallow

.: Boleh pilih dari senarai design sticker yang sedia ada dengan menggunakan nama anda atau sape2 sajer...

.: Nak guna design sendiri pun boleh... :)
Di Ixorra Bazar pelbagai pilihan
Rambang mata apabila melihatkan
Pelbagai warna dan bentuk digayakan
Semuanya cantik buat pelanggan tertawan.
Assalamualaikum pembuka kata
Salam perkenalan ikhlas bicara
Meramaikan kenalan dan juga saudara
Ku gubah entri buat Intan di sana.

Usahawan muda yang cekal dan berani
Semoga berjaya segala yang diimpi
Kuatkan semangat dan juga hati
Insya Allah berjaya suatu hari.

Di FB juga boleh hubunginya
Sambil melihat barangan yang ada
Di blognya kini sudah tersedia
Klik sahaja diruangan FB di "sidebar"nya.

Di Ixorra Bazar pelbagai yang ada
Pilih sahaja yang mana suka
Harga murah geram dibuatnya
Barangnya cantik berkualiti tentunya
Kalau tak percaya jom ke sana
Lihatlah sendiri di depan mata
Boleh juga kita berbelanja
Tentu Intan girang sentiasa
Pelanggan ramai berkembang bisnesnya
Diskaun turut tersedia juga
Pakej menarik memikat semua
Amat berbaloi untung pun ada.
Harganya pasti menawan semua
Kalau tak percaya ayuhlah ke sana
Ku yakin pasti pelanggan tergoda
Melihat barangan dari Intan pastinya
Boleh juga dibuat cenderamata
Buat tetamu dan juga rakan tercinta
Pasti penerima riang teruja
Dapat hadiah yang terpaut di mata
Atau untuk kegunaan sendiri tentunya.

Bagi mereka yang minat berniaga
Atau menjadi pemborong jua
Kini peluang di depan mata
Di Ixorra Bazar hubungi segera.

Kalau semua nak mencuci mata
Kusertakan sekali contoh yang ada
Tapi banyak lagi pilihan di mata
Ini cuma sebahagian sahaja
Jangan terlopong mulut lama-lama
Ku tahu dirimu geram di jiwa
Melihat barangan yang cantik-cantik belaka
Sungguh menawan tidak terkata
Sunggul comel, kemas tidak terkira
Makanan juga tidak ketinggalan jua
Sungguh enak dan membuka selera
Pasti semua riang teruja
Aneka barangan buat pemerhati jatuh cinta...

Terkejut? Tergamam? pasti buat anda teruja
Macam-macam ada terlintas kata
Apabila melihatkan di depan mata
Semua menawan menggoda jiwa
Terpegun diriku juga terkesima
Pasti pembaca begitu jua
Pelbagai pilihan pilihlah sahaja
Di Ixorra Bazar tempat berbelanja!!!!
Bagi pelanggan yang ingin buat tempahan
Bagaimana cara turut ku sertakan
Cara pembayaran turut diselitkan
Moga-moga membantu memudahkan.

Buatmu Intan...

Kini kau terus mengorak langkah
 terus mendaki hingga ke puncak
dugaan dan cabaran kau tempuh jua
demi merealisasikan sebuah cecita
selok belok perniagaan terus kau selongkari
perjuangan dalam mengejar ilmu terus kau cari...

Majulah..
 teruslah melangkah ke depan
dengan semangat sebagai pembakar
dengan sokongan sebagai penguat
dengan usaha sebagai pemula
dengan yakin untuk terus melangkah
dengan doa mencari barakah
moga impian tidak selamanya mimpi
moga realiti itu yang pasti...

Kami sahabatmu ini
terus berdoa pada Ilahi
moga perniagaanmu maju sentiasa
moga cecitamu menjadi nyata
moga usaha tiada padamnya
moga keringat sianya tiada
namun andai sesekali ombak melanda
jangan terus berpatah semula
rancang strategi kumpulkan kudrat
idea dijana semangat diiring
bangkit kembali mencari arah
untuk terus melangkah ke depan...
Rajin berusaha tangga kejayaan
Tabah dan sabar hadapi cabaran
Jangan mengalah dalam perjuangan
Teruslah melangkah maju ke depan..

Andai ujian datang bertamu
Dan kepayahan datang menganggu
Hadapilah dengan akal dan ilmu
Jangan gelabah dan sedih dikalbu..

Doa kami sahabat mayamu
Agar terus maju selalu
Keluarga pemangkin pembakar semangatmu
Susah dan senang sentiasa bersatu...:)

1 comment:

Ixorra Bazar Gift and Card said...

thanks Kak Nida... Menarik sangat2.. nantikan pengumuman pemenang nanti k.. \(^_^)/

My Blog List