AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Monday 14 May 2012

Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah

Klik banner untuk sertai.
Marilah semua rakan dan taulan
Memeriahkan contest anjuran kawan
Bagi sesiapa yang ingin berlawan
Syaratnya mudah menjadi taruhan
Janganlah malu dan juga segan
Untung-untung ada kemenangan
Moga-moga ada harapan
Harap-harap Mala Nasohah berkenan
Untuk buat sedikit kelainan
Gurindam kucipta sebagai permulaan
Idea kuperah kemenangan diperjuangkan.

Hadiah lumayan sungguh menawan
Moga ada rezeki mendapatkan
Madah tulisan menjadi coretan
Baktimu guru menjadi sanjungan.

  • Tudung Pearl Haya Selection Gallery
  • Mini Perfume Ralp Lauren  Romance
  • Exclusive Pencil Case
Setiap kali tarikh 16 Mei menjelma, setiap kali itu juga keringat dan bakti insan yang bernama guru akan dikenang dan dihargai dalam satu hari yang penuh bermakna. Seorang guru mengajar sepenuh hati, ikhlas memberi tanpa mengharap balasan.. apa yang dipintanya hanyalah ilmu yang dicurah akan memberi faedah buat anak didiknya, Insya Allah.


Hadis Tentang Guru
Ada tiga golongan yang tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” - Riwayat At-Thabrani.



(i)
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
 
Aku juga merupakan seorang pendidik..
aku bangga dengan jawatanku
dengan gelaranku
lantaran aku bisa menabur bakti
mencurah ilmu buat anak bangsa
yang bakal menerajui negara
suatu masa nanti....


Dengan ikhlas,
coretan puisi ini ku nukilkan
buat insan yang bernama guru..
buat guru-guruku yang banyak berjasa
sehingga kini dimana aku berada..



Kemana kalau tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.... darah pendidik yang mengalir dalam diriku adalah diwarisi dari arwah ayahku (duduk di tengah).... Gambar kenangan arwah ayahku bersama guru-guru yang pernah mengajarku jua... Al-Fatihah buat yang tiada, sesungguhnya dirimu abah merupakan guruku yang tiada tandingannya... 



Antara kenangan bergambar bersama guru tercinta (Puan Hikmah):

Aku duduk dua dari kanan.



(hasil tulisanku sendiri)

Cekal hatimu terus melangkah
dalam kepayahan menuju puncak
walau dibentang hamparan berduri
kau tetap tabah harungi segala
walau banyak mana airmata yang tumpah
kau tetap bangkit berjuang rela
kagum kami pada semangatmu
tidak goyah dek ujian mendatang
tidak luntur dek masalah menimpa
teguh berdiri atas nama cecita
kaulah bunga bangsa
srikandi untuk kami teladani..
Guru yang sanggup berkorban rasa
Guru yang sanggup menelan derita
Guru ibarat pencetus idea
Umpama dian membakar diri
demi menerangi dunia yang kegelapan
menyuluh arah berlandas iman...
Terima kasih guruku..

Sajak ini ditulis sendiri juga sendiri olehku dan telah dideklamasikan oleh anak sulungku suatu masa dahulu..... hayatilah..

Dialah guru penabur bakti
Ilmu diberi ikhlas dihati
Bukan harta yang ingin dikejari
Namun mencari rahmat Ilahi..


Jasamu tidak ternilai harganya
Mengajar, mendidik mengasuh pun juga
Hanya doa mengiringi pastinya
Buat guru dimana jua..


Sekian sahaja entriku ini
Khas buat guru yang dihormati
Terima kasih seikhlas hati
Budimu tuan ku junjung pasti..



Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
 Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang  kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar ...
ameeeeeeennnn
Sekian sahaja entriku persembahkan
Terima kasih guru atas ajaran dan didikan
Moga dirimu dalam rahmat Tuhan
Baktimu tetap subur berpanjangan...

Tag:
Fieda
Cempaka Kuning



1 comment:

Unknown said...

Thanks sudi join :)

My Blog List