AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Thursday 7 June 2012

Terima Kasih & Selamat Berkenalan

Berat sungguh hati nak menulis entri kali ini, namun aku terpaksa demi masa depan (cheeewaaaahhh, ayat sungguh dramatis..hehe). Buat sahabat-sahabat tegar kontes montes ini, aku menyusun sepuluh jari andai selama kita berkenalan aku ada melakukan salah dan silap.

Hari ini secara rasminya aku mengundurkan diri dari dunia CGL (contest, giveaway, lucky draw). Memang berat hati nak meninggalkan alam yang telah lama aku ceburi sejak bergelar suri rumah sepenuh masa ni. Dari dunia kontes montes inilah aku dapat ramai sahabat... Nisa' Syieda, Mastura, Ummi Iman, Kak Atie, Zefa, Ain,, dan ramai lagi. Aku berharap sesangat agar pengunduran aku tidak bermakna hubungan ukhuwah antara kita juga akan terputus. Buat rakan-rakan dan adik-adik di luar sana, aku menjemput kalian semua agar menjengah ke blog utamaku di http://ucualong.com/, Insya Allah hubungan ukhuwah ini akan terus harum subur mewangi.

Mengapa aku ingin bersara?. Ini kerana aku ingin memberi tumpuan pada dunia fotografi, kami suami isteri akan menjadikan bidang fotografi ini secara lebih serius. Bagi mereka yang ingin melihat antara hasil foto kami boleh layari di http://ucualong.com/photography/ , bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan kami boleh email kami di radinsah@gmail.com (kawasan Johor dan Kuantan sahaja)

Insya Allah tak lama lagi cuti tanpa gaji aku akan tamat maka kembalilah aku ke dunia pendidik semula dan bulan depan kami sekeluarga akan kembali ke Malaysia "for good" dan masa yang ada ini akan ku gunakan untuk mem'packing' barang yg akan kami bawa balik melalui kontena kelak.

Segala hadiah kemenanganku selama ini telah ku alamatkan ke teratak bondaku di Johor, dan semoga banyak lagi hadiah kemenangan yang akan menyusul selepas ini dari saki baki kontes yang telah aku sertai... ameeeeeeeeeennnnnn. 

Sebelum aku mengakhiri entriku ini, aku mohon agar pembaca-pembaca di luar sana dapat klik di sini...


No comments:

My Blog List