Klik banner untuk sertai
Dianjurkan oleh http://duniapenuhcoklat.blogspot.com/
PUISI BUAT SAHABAT
Sahabatku coret madah yang bernama puisimenzahir apa yang tersiratberbicara apa yang terpendamdalam lubuk hati yang dalampenuh makna yang bersulam.
SahabatSyukur kita pada Ilahiatas anugerah persahabatan iniyang menceriakan duniakumewarnai hidupdengan seribu harapan.
Sahabatdoa kupanjat padaNyaagar jalan-jalan yang akan kita laluitiada hujung bernesantiada noktah penamattiada tembok pemisah.
Namunandai ombak besarmenghempas bahtera pelayaran kitadan tersadai kita terpisah juakan kucari bayangmu di manakan kudakap tulusnya persahabatan ini.
Sahabatandai tiada kemesraan bersamaandai tersinggung terguris hatidalam meniti ukhuwah terpateritunduk aku sesal sejuta di sinidalam kerendahan hatidalam kesal tak bertepimaaf kupinta seikhlas hatiterimalah diriku menagih simpatimoga damai menjengah kembali.
Gambar yang dirakam ketika majlis jamuan akhir tahun di sekolahku. Ketika ini kami sepakat mengenakan baju yang sama tema warnanya. Kami sekepala, kami saling memahami, kami kawan sejati dan kami sentiasa berkongsi suka dan duka.
Kenangan paling lucu ketika ini apabila salah seorang rakan kami membeli bulu ayam (yang tersangkut di leher tu), sebabnya nak menunjukkan yang kami ini adalah satu kumpulan... best friend forever. Kawan baik kami yang lelaki ketika itu ketawa berdekah-dekah kerana beliau pun dapat juga, tapi ketika nak bergambar beliau sempat berkata "Taknaklah pakai bulu tu sebab nanti orang kata aku auwwww"...hahahaha
Kawan baik sentiasa disisi
Tak kira dimana dan juga situasi
Mengisi kekosongan hari yang dilalui
Memori bersama manis sekali.
Kami semua punya kerjaya yang sama
Umur juga tak jauh beza
Satu kepala berkongsi suka duka
Inilah duniaku bersama mereka.
Mereka kawan yang paling memahami
Andai ada masalah sama merasai
Tolong menolong antara kami
Ukhuwah terbina harum mewangi.
Kemana pergi sentiasa bersama
Ke kantin, ke kursus ke mana jua
Merekalah sahabat sejati selamanya
Ku sayang mereka setulus jiwa..
Tag:
2 comments:
thank you for join-ing . suka puitis anda , <3 . semoga berjaya !
sama-sama.. terima kasih juga kerana menyukai puisi Kak Nida :)
Post a Comment