AMARAN KERAS!!!!!!

Segala hasil ciptaan puisi saya diharapkan agar dapat memartabatkan semula seni warisan bangsa khususnya dalam seni berpantun dan bersajak....mudah-mudahan :)

Akhir sekali...Hakcipta adalah terpelihara... tidak boleh disalin semula sebahagian mahupun keseluruhan ataupun di'copy paste' :)

Tuesday, 9 August 2011

Best Friend Forever

Klik banner untuk sertai 




PUISI BUAT SAHABAT

Sahabat
ku coret madah yang bernama puisi
menzahir apa yang tersirat
berbicara apa yang terpendam
dalam lubuk hati yang dalam
penuh makna yang bersulam.

Sahabat
Syukur kita pada Ilahi
atas anugerah persahabatan ini
yang menceriakan duniaku
mewarnai hidup
dengan seribu harapan.

Sahabat
doa kupanjat padaNya
agar jalan-jalan yang akan kita lalui
tiada hujung bernesan
tiada noktah penamat
tiada tembok pemisah.

Namun
andai ombak besar
menghempas bahtera pelayaran kita
dan tersadai kita terpisah jua
kan kucari bayangmu di mana
kan kudakap tulusnya persahabatan ini.

Sahabat
andai tiada kemesraan bersama
andai tersinggung terguris hati
dalam meniti ukhuwah terpateri
tunduk aku sesal sejuta di sini
dalam kerendahan hati
dalam kesal tak bertepi
maaf kupinta seikhlas hati
terimalah diriku menagih simpati
moga damai menjengah kembali.



Gambar yang dirakam ketika majlis jamuan akhir tahun di sekolahku. Ketika ini kami sepakat mengenakan baju yang sama tema warnanya. Kami sekepala, kami saling memahami, kami kawan sejati dan kami sentiasa berkongsi suka dan duka.


Kenangan paling lucu ketika ini apabila salah seorang rakan kami membeli bulu ayam (yang tersangkut di leher tu), sebabnya nak menunjukkan yang kami ini adalah satu kumpulan... best friend forever. Kawan baik kami yang lelaki ketika itu ketawa berdekah-dekah kerana beliau pun dapat juga, tapi ketika nak bergambar beliau sempat berkata "Taknaklah pakai bulu tu sebab nanti orang kata aku auwwww"...hahahaha

Kawan baik sentiasa disisi
Tak kira dimana dan juga situasi
Mengisi kekosongan hari yang dilalui
Memori bersama manis sekali.


Kami semua punya kerjaya yang sama
Umur juga tak jauh beza
Satu kepala berkongsi suka duka
Inilah duniaku bersama mereka.


Mereka kawan yang paling memahami
Andai ada masalah sama merasai
Tolong menolong antara kami
Ukhuwah terbina harum mewangi.


Kemana pergi sentiasa bersama
Ke kantin, ke kursus ke mana jua
Merekalah sahabat sejati selamanya
Ku sayang mereka setulus jiwa..



Tag:




2 comments:

Anonymous said...

thank you for join-ing . suka puitis anda , <3 . semoga berjaya !

Nida said...

sama-sama.. terima kasih juga kerana menyukai puisi Kak Nida :)

My Blog List